Cari:
Pertemuan Pemimpin AS, DPRK Dialu-alukan
2018-03-10 16:20:40 CRI Cetak

Presiden AS, Donald Trump merancang bertemu dengan pemimpin tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Kim Jong-un sebelum Mei, sebagai langkah ke arah Semenanjung Korea bebas senjata nuklear.

China, Korea Selatan, Rusia, Jerman, Britain serta Kesatuan Eropah mengalu-alukan rancangan tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa China menyambut baik isyarat positif mengenai dialog langsung antara pemimpin AS dengan DPRK.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in semalam berkata, pertemuan pemimpin AS dan DPRK, jika dapat diadakan mengikut jadual, dijangka bakal meletakkan batu tanda bersejarah bagi kedamaian di Semenanjung Korea.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov pula menyifatkan pertemuan tersebut menandakan satu langkah penting ke hala tuju betul.

Kata beliau, rancangan berkenaan diharap berjaya bagi membuka jalan kepada pemulihan rundingan politik secara menyeluruh berdasarkan pelbagai prinsip yang dicapai rundingan enam pihak dan Majlis Keselamatan PBB.

Baru-baru ini, Pengarah Keselamatan Negara Chong Wa Dae, Chung Eui-yong mengetuai delegasi Korea Selatan ke DPRK dan bertemu dengan Kim Jong-un .

Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan pertemuan pemimpin di Rumah Damai, Panmunjom di sebelah Korea Selatan pada hujung April.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China