Cari:
Mesyuarat Pleno ke-3 Sidang Pertama CPPCC ke-13
2018-03-11 14:47:54 CRI Cetak

Mesyuarat pleno ke-3 sidang pertama Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) ke-13 diadakan di Beijing petang semalam.

14 anggota CPPCC menyampaikan ucapan mengenai pembangunan politik, sosiobudaya, kerja barisan bersatu, kerja-kerja CPPCC dan lain-lain.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Wang Yang, anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga hos mesyuarat presidium sidang pertama CPPCC ke-13.

Anggota CPPCC, Mo Rong menyatakan bahawa pekerjaan berkualiti merupakan permintaan asas pada fasa peralihan ekonomi China daripada mengutamakan kepesatan kepada pertumbuhan berkualiti.

Beliau mencadangkan agar langkah-langkah diambil termasuk menyempurnakan dasar dan perkhidmatan pekerjaan serta menyediakan persekitaran yang lebih adil, bagi memastikan pendapatan rakyat terus meningkat seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Anggota CPPCC, Yang Liwei pula menyatakan pasukan angkasawan China akan terus berjuang untuk merealisasikan impian areoangkasa bangsa pada era baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China