Cari:
Duta Pakistan Hargai Sumbangan China
2018-03-11 15:46:16 CRI Cetak

China telah melakar pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang sepanjang lima tahun lalu, di samping memainkan peranan penting di pentas serantau dan antarabangsa.

Demikian ujar Duta Besar Pakistan ke China, Masood Khalid ketika diwawancara oleh Radio Antarabangsa China (CRI) kelmarin.

Masood Khalid yang selama ini menumpukan jalan pembangunan China, menyatakan momentum pembangunan China adalah berkat kepemimpinan kuat dan keupayaan pelaksanaan yang efisien.

Kempen pembasmian kemiskinan yang ditekankan Presiden Xi Jinping pada sesi perbincangan panel bersama wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dari Mongolia Dalam baru-baru ini turut menarik perhatian Masood Khalid.

Beliau menyatakan komitmen itu mencerminkan Parti Komunis China (PKC) berjiwa rakyat.

Koridor ekonomi China-Pakistan merupakan projek ikonik di bawah inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Masood Khalid berpendapat bahawa siri inisiatif dan saranan yang dikemukakan oleh China, termasuk B&R memberi sumbangan besar terhadap tadbir urus global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China