Anggota Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Yang Faming menegaskan perlunya pembangunan agama Islam di negara ini disetempatkan, dengan diterap ciri-ciri China.
Faming yang juga Pengerusi Persatuan Islam China, dalam mesyuarat pleno Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) semalam, menyatakan usaha mengintegrasikan agama ke dalam masyarakat sosialis, yang ditekankan Presiden Xi Jinping, telah menetapkan hala tuju pembangunan agama di China.
Tambah beliau, melihat sejarah umat manusia, perkembangan sesuatu agama mesti bersesuaian dengan keadaan setempat. Hal ini terbukti dengan perkembangan agama Islam selama lebih 1,300 tahun di China. Penyetempatan adalah asas bagi pembangunan sihat agama itu.