Cari:
Tiada Untung Perang Perdagangan
2018-03-11 16:53:19 CRI Cetak

China tidak mahukan perang perdagangan dengan AS dan juga tidak akan mengambil inisiatif dalam hal ini, namun China berupaya menangani sebarang cabaran bagi mempertahankan kepentingan negara dan rakyat.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Perdagangan China, Zhong Shan dalam taklimat media persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) di Beijing hari ini.

Tegas beliau, tiada yang untung dalam perang perdagangan, yang hanya akan membawa malapetaka kepada China dan AS bahkan dunia.

Dalam tempoh 40 tahun lalu, skop perdagangan antara China dan AS telah meningkat 232 kali ganda, dengan jumlah pelaburan dua hala melebihi USD230 bilion.

Zhong berpendapat, angka tersebut mencerminkan ekonomi kedua-dua negara saling melengkapi dan kerjasama berpotensi besar.

Beliau menambah bahawa dialog ekonomi antara kedua-dua pihak tidak terganggu, selain program pertukaran akan berterusan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China