Cari:
Tiada Rintangan bagi Kerjasama Inovasi China, AS
2018-03-11 15:24:39 CRI Cetak

Tiada rintangan bagi China dan AS menjalankan kerjasama dalam inovasi teknologi.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Sains dan Teknologi China, Wan Gang dalam taklimat media sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 di Beijing semalam.

Kata beliau, China dan AS kini menjalin kerjasama yang rapat dalam kenderaan elektrik. Kedua-dua pihak telah menubuhkan sebuah pusat untuk menjalankan penyelidikan bersama terhadap bangunan jimat tenaga, penggunaan batu arang mesra alam dan kenderaan hijau.

Tambah beliau, jumlah jualan kenderaan hijau di China mencatat 770 ribu pada tahun lepas, menjadikan jumlah keseluruhannya 1.6 juta, mewakili separuh di dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China