Cari:
Mangsa Gempa Jepun Masih Belum Pulih
2018-03-12 14:47:52 CRI Cetak

Seramai 70 ribu warga Jepun yang menjadi mangsa gempa bumi pada 11 Mac 2011 belum pulih kepada kehidupan normal dan masih tidak mengetahui bila dapat kembali ke tempat asal mereka.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe semasa upacara memperingati ulang tahun ke-7 bencana "11 Mac" di Tokyo semalam.

Menurut Abe, Fukushima yang mengalami kemalangan nuklear sewaktu bencana itu telah beransur-ansur membatalkan arahan pemindahan penduduk di beberapa kawasan dan mempercepat kerja pembangunan semula.

Bagaimanapun, menurut statistik kerajaan, kurang daripada 15% penduduk yang berpindah telah kembali ke tempat asal mereka.

Selain itu, kerajaan dan syarikat elektrik Tokyo belum dapat memaklumkan sebarang perkembangan berkaitan kerja pembersihan sisa nuklear dan air tercemar, serta pemulihan persekitaran berikutan kebocoran loji janakuasa nuklear Fukushima.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China