Kepentingan asas rakyat adalah pertimbangan utama dalam usaha China dan tumpuan kerja kerajaan semasa menggalakkan pembangunan tamadun ekologi, sementara mencegah dan menangani pencemaran udara dan air.
Demikian dinyatakan oleh Lv Caixia, Pesuruhanjaya Perlindungan Alam Sekitar dan Sumber, Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China hari ini.
Sebanyak 18 usul perundangan melibatkan alam sekitar dan ekologi akan dibahaskan dalam persidangan NPC. Sasarannya termasuk membentuk sistem mencegah dan menangani pencemaran dengan lebih cekap, berteraskan strategi pembangunan negara dan kehidupan rakyat.
Menyentuh isu pencemaran udara, Lv berkata kerja perundangan NPC tahun ini lebih mementingkan masalah tersebut.
Tambah beliau, China perlu menangani masalah itu berdasarkan keadaan sendiri, dengan pendekatan berorientasikan kawalan pencemaran untuk jangka panjang.