Cari:
Kutipan Sumbangan Palestin Undang Bantahan
2018-03-12 11:15:34 CRI Cetak

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Gerakan Pembela Islam (HAMAS) antara pihak yang telah menyuarakan bantahan terhadap rancangan AS untuk menganjurkan kempen mengutip sumbangan bagi menangani krisis kemanusiaan di Genting Gaza.

Dalam temu bual bersama Agensi Berita Xinhua China, ahli jawatankuasa Eksekutif PLO, Ahmed Majdalani berkata bahawa sebelum isu kemanusiaan di Genting Gaza dibangkitkan, masalah politik perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Beliau berpandangan bahawa tindakan Washington mengatur persidangan untuk mengutip sumbangan demi Palestin bertujuan menghasut pemisahan antara Genting Gaza dan Tebing Barat.

Tindakan itu juga dikatakan mengetepikan aspirasi rakyat Palestin untuk menubuhkan negara merdeka berdasarkan sempadan yang ditetapkan pada 1967.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China