Cari:
Cukai Hartanah Antara Agenda Tahun Ini
2018-03-12 14:35:20 CRI Cetak

Mesyuarat pleno ke-3 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 China telah diadakan di Beijing petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Zhang Dejiang dalam laporan kerja yang dibentangkan telah mencadangkan undang-undang cukai hartanah disenaraikan dalam agenda kerja perundangan NPC tahun ini.

Turut dicadangkan, menyempurnakan undang-undang termasuk berkaitan penyempurnaan struktur institusi-institusi negara, badan pendakwa rakyat dan penjawat awam; pembangunan sistem ekonomi moden, pengkanunan dan pembahasan kitab undang-undang sivil; serta pelaksanaan beberapa jenis cukai seperti cukai pengambilan tanah pertanian, pembelian automobil dan sumber tenaga.

Undang-undang melibatkan pengutipan dan pengurusan cukai, prosedur undang-undang jenayah, serta sektor sosial, budaya dan ekologi juga akan diteliti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China