Cari:
Draf Pindaan Perlembagaan Diluluskan
2018-03-12 11:57:10 CRI Cetak

Draf pindaan Perlembagaan Republik Rakyat China telah diluluskan dalam mesyuarat pleno ke-3 sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 yang diadakan di Beijing petang semalam.

Perlembagaan yang berkait rapat tadbir urus dan ketenteraman negara China sekali lagi disuntik kandungan yang selaras dengan era baharu ini.

Ketua Pengarah Jawatankuasa Kerja Undang-Undang Jawatankuasa Tetap NPC, Shen Chunyao dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut menyatakan bahawa pemindaan perlembagaan adalah babak yang mustahak dalam pentas politik negara, dan merupakan hasil penting sektor perundangan dalam usaha memperjuangkan sosialisme bercirikan China pada era baharu.

Kelulusan pindaan perlembagaan ini nescaya akan menggalakkan pembangunan Parti Komunis China (PKC) dan negara, serta mengukuhkan pentadbiran di sisi undang-undang sosialis.

Dalam mesyuarat semalam, pindaan berkenaan diluluskan melalui undian, dengan 2,958 undi menyokong, dua menentang dan tiga tidak mengundi.

Pindaan yang diluluskan itu melibatkan 21 fasal, antaranya memaktubkan fikiran Xi Jinping mengenai sosialime bercirikan China pada era baharu sebagai panduan bagi bidang politik dan sosial.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China