Kerja penjilidan Kanun Sivil China sedang dijalankan dengan teratur, berdasarkan prinsip am undang-undang sivil yang telah diluluskan.
Demikian maklum Naib Ketua Pengarah Jawatankuasa Kerja Undang-undang, Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Wang Chaoying di Beijing semalam.
Wang dalam taklimat media sidang pertama NPC ke-13 semalam menjelaskan, kompilasi kanun sejumlah beberapa jilid melibatkan hak mengenai harta, kontrak, liabiliti tort, perkahwinan serta keluarga dan perwarisan.
Draf berkenaan dirancang akan dibahaskan oleh Jawatankuasa Tetap NPC pada setengah kedua tahun ini, bagi membolehkan seluruh kompilasi diserahkan untuk kelulusan NPC berserta prinsip am undang-undang sivil, agar membentuk kanun yang bersepadu.