Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China telah meningkatkan pengawalseliaan terhadap hal ehwal pesara dalam tempoh tiga tahun lalu.
Beberapa cadangan penting telah dikemukakan untuk menggalakkan pelaksanaan sepenuhnya undang-undang perlindungan golongan pesara, hasil rumusan kajian teliti yang dijalankan dalam tempoh tersebut.
Dalam taklimat media persidangan NPC ke-13 semalam, Pesuruhanjaya Hal Ehwal Dalaman dan Kehakiman, Jawatankuasa Tetap NPC, Zheng Gongcheng memaklumkan bahawa populasi warga tua adalah fenomena sosial yang menjadi perhatian seluruh negara.
Di China, golongan tersebut boleh digambarkan sebagai berskala besar dan bertambah dengan pesat, di samping memiliki bilangan anak dan struktur keluarga yang kecil.
Kata Zheng, berdasarkan pertimbangan inilah NPC memperhebat kerja pengawalseliaan dengan memfokuskan isu-isu penting dan masalah-masalah yang berkaitan dengan jaminan kesejahteraan golongan tersebut.