Cari:
B&R Fokus Pembangunan Singapura, China
2018-03-13 14:18:38 CRI Cetak

Inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) membawa peluang baharu kepada China dan negara-negara jiran, dan telah menjadi fokus pembangunan Singapura dan China pada masa depan.

Demikian dinyatakan Duta Besar Singapura ke China, Luo Jialiang dalam temu bual sempena persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) di Beijing.

Menurut beliau, Singapura menaruh perhatian kepada persidangan NPC setiap tahun. Laporan kerja kerajaan yang disampaikan Perdana Menteri Li Keqiang menyentuh banyak kandungan penting, termasuk ekonomi dan perdagangan, pembangunan masyarakat dan diplomasi. Laporan itu memperlihatkan hala tuju kerajaan China untuk tempoh lima tahun akan datang.

Kerjasama ekonomi dan perdagangan yang makin rancak antara kedua-dua negara membolehkan Singapura menjadi sumber modal asing terbesar bagi China selama lima tahun berturut-turut. Singapura juga pilihan utama bagi pelabur China.

Menurut statistik, hampir 1/3 pelaburan China dalam kerangka B&R dialir ke Singapura, manakala pelaburan dari Singapura mewakili 85% keseluruhan pelaburan negara-negara yang terlibat dalam B&R ke China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China