Cari:
Xi Jinping Temu Utusan Khas Presiden Korea Selatan
2018-03-13 11:31:24 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah bertemu dengan utusan khas Presiden Korea Selatan yang juga Ketua Pejabat Keselamatan Kebangsaan (NSC), Chung Eui-yong di Dewan Besar Rakyat, Beijing semalam.

Dalam pertemuan itu, Xi menyatakan bahawa China mengalu-alukan lawatan Chung Eui-yong yang khusus untuk memaklumkan usaha beliau menggalakkan dialog antara Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dengan Amerika Syarikat (AS).

Sebagai jiran dekat Semenanjung Korea, China sentiasa menyokong Korea Selatan dan DPRK membaiki hubungan bilateral, menggalakkan kedamaian dan kerjasama, serta menyokong dialog antara AS dengan DPRK bagi mempertimbangkan keprihatinan pelbagai pihak.

China mengekalkan pendirian menyokong pewujudan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear, peperangan dan kacau-bilau. Kini, situasi semenanjung itu semakin reda dan berdepan peluang penting untuk dialog.

Kata beliau, China menilai positif usaha Korea Selatan dalam hal tersebut, dan bersedia bersama-sama masyarakat antarabangsa mengorak langkah seterusnya ke arah penyelesaian isu Semenanjung Korea secara politik berdasarkan pelbagai cadangan termasuk saranan "dwi-trek" China.

Chung Eui-yong pula menyatakan bahawa pihaknya bersedia bersama-sama China mendorong perkembangan hubungan bilateral. Korea Selatan menghargai peranan penting yang dimainkan oleh China dalam menggalakkan perubahan positif di Semenanjung Korea, dan bersedia bergabung tenaga dengan China demi kedamaian, kestabilan dan pembangunan seluruh rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China