Presiden China, Xi Jinping menegaskan bahawa strategi integrasi pembangunan tentera dengan orang awam adalah pilihan wajar untuk membolehkan pembinaan sistem dan keupayaan yang lebih kukuh pada era baharu ini.
Dalam mesyuarat pleno delegasi Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) dan pasukan polis bersenjata semasa sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-13 pagi semalam, Xi menekankan perlunya inovasi melibatkan sektor pertahanan negara ditingkatkan.
Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Jawatankuasa Tentera Pusat (CMC), menggesa agar transformasi dan aplikasi hasil penyelidikan sains dan teknologi berkenaan diperhebat.
Kata beliau, kesemua usaha ini langkah penting ke arah perkembangan PLA yang berkualiti, efisien, saintifik dan maju.
Xi turut menegaskan akan meningkatkan tadbir urus tentera di sisi undang-undang.