Cari:
Trump Tukar Setiausaha Negara
2018-03-14 13:29:37 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam melantik Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Mike Pompeo sebagai pengganti Setiausaha Negara, Rex Tillerson.

Keputusan itu diumumkan oleh Trump melalui Twitter pada hari yang sama.

Dalam pengumuman yang dikeluarkan Rumah Putih setelah itu, Trump berkata beliau betul-betul mengenal Pompeo pada tahun lalu dan berpendapat Pompeo yang dipercayai dapat mendorong Semenanjung Korea bebas senjata nuklear, pilihan yang tepat pada masa ini.

Walau bagaimanapun, sumbangan Tillerson sepanjang tahun lalu tetap dihargai.

Dimaklumkan, Pompeo mengucapkan terima kasih atas pelantikan itu dalam satu kenyataan. Beliau berharap dapat memimpin Jabatan Negara melaksanakan dasar luar Trump, setelah pelantikannya mendapat kelulusan Senat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China