Platform belajar bahasa Mandarin dan budaya China amat diperlukan untuk membantu komuniti perantau dan sekolah-sekolah di seberang laut meningkatkan tahap celik bahasa dan budaya.
Anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Liu Muren menyatakan bahawa sebagai pangkalan latihan penterjemah bahasa negara-negara ASEAN, Guangxi mampu melatih pasukan guru yang berorientasikan keperluan rantau itu.
Pihaknya akan menyediakan bantuan belajar bahasa dan budaya China kepada ketua komuniti perantau dan sekolah-sekolah bahasa Mandarin, di samping membekalkan wahana pertukaran dan latihan kepada mereka untuk membolehkan pendedahan kepada budaya, ekonomi, politik dan masyarakat di China.