Cari:
Iraq Musnah Seluruhnya Senjata Kimia
2018-03-14 11:34:20 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Ketua Pengarah Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW), Ahmet Umzucu mengalu-alukan dan menyampaikan ucapan tahniah atas tindakan Iraq memusnahkan seluruh simpanan senjata kimia terakhirnya pada masa ini.

Demikian menurut kenyataan OPCW yang beribu pejabat di The Hague, Belanda semalam.

Pada hari yang sama, Umzucu dalam pertemuan dengan delegasi kerajaan Iraq memuji usaha kerajaan negara itu untuk memastikan senjata kimia berbahaya dimusnahkan secara menyeluruh.

Maklum OPCW, operasi memusnahkan senjata kimia berkenaan dilancarkan tahun lalu selepas isu keselamatan diselesaikan.

Empat fasiliti untuk menghasilkan senjata kimia di Iraq disahkan telah dimusnahkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China