Cari:
China Terus Main Peranan dalam Isu Semenanjung Korea
2018-03-14 11:45:56 CRI Cetak

China akan terus memainkan peranannya untuk menggalakkan penyelesaian isu nuklear Semenanjung Korea, maklum jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media semalam.

Lu berkata, China tidak berganjak dari komitmennya untuk mewujudkan kedamaian dan kestabilan serta menyelesaikan isu Semenanjung tersebut melalui dialog.

China akan terus menggalakkan rundingan yang melibatkan pelbagai pihak untuk mewujudkan Semenanjung Korea yang damai, stabil dan bebas senjata nuklear.

Lu turut menyatakan bahawa China mengalu-alukan pertemuan antara Korea Selatan dengan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), serta dialog antara DPRK dengan AS berjalan lancar.

Presiden China, Xi Jinping ketika dihubungi rakan sejawatnya dari AS, Donald Trump pada 9 Mac lalu menyatakan, China berharap AS dan DPRK mempercepat dialog agar hasil positif dapat dicapai dengan secepat mungkin.

Presiden Trump pula menyatakan bahawa anjuran Presiden Xi supaya AS berdialog dengan DPRK, terbukti tepat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China