Cari:
China Sedia Sumbang Kebijaksanaan Majukan Tenaga Bersih
2018-03-15 14:50:41 CRI Cetak

Penggunaan sumber tenaga bersih sebagai pengganti bahan fosil adalah arus sezaman di seluruh dunia pada masa ini. China yang telah melakar banyak kejayaan dalam bidang berkenaan, bersedia menyumbang kebijaksanaan demi pembangunan lestari umat manusia.

Demikian dinyatakan Ketua Pengarah Syarikat Elektrik Qinghai, Perbadanan Grid Negara China (SGCC), Quan Shengming baru-baru ini.

Dalam satu sesi perbincangan panel, Quan yang juga anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) mengemukakan beberapa cadangan berkaitan pembangunan tenaga bersih pada masa depan.

Beliau turut menghuraikan ujian pembekalan tenaga bersih oleh SGCC di Qinghai pada 17 hingga 23 Jun tahun lalu.

Dalam ujian itu, SGCC membekalkan 1.178 bilion kilowatt elektrik kepada populasi seramai 6 juta untuk tempoh 168 jam, yang dijana dengan kuasa hidro, angin dan solar. Pembakaran batu arang berkurang 535 ribu tan, sekaligus membawa penyusutan pelepasan karbon dioksida sebanyak 964 ribu tan.

Ujian itu adalah eksperimen tenaga bersih 100% yang paling lama dan mencabar pernah dijalankan di seluruh dunia.

Quan berkata, kejayaan ujian itu adalah berkat inovasi teknologi yang dirintis China dalam tahun-tahun kebelakangan ini. China sudi berkongsi teknologi dan perkakasan berkenaan, serta memberi sokongan teknikal kepada mana-mana negara yang memerlukan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China