Cari:
Mesyuarat Pertama CPPCC Berakhir
2018-03-15 14:44:35 CRI Cetak

Mesyuarat pertama Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) telah berakhir pagi tadi.

Pemimpin parti dan negara termasuk Presiden Xi Jinping telah menghadiri upacara penutupan mesyuarat tersebut.

Wang Yang, pengerusi baharu CPPCC dalam ucapannya menegaskan bahawa majlis itu perlu terus membelajari semangat Jawatankuasa Pusat ke-19 Parti Komunis China (PKC), menjadikan Fikiran Xi Jinping Mengenai Sosialisme Bercirikan China Pada Era Baharu sebagai panduan kerja.

CPPCC perlu mengikut pimpinan PKC, sambil mengekalkan fungsi dan menjalankan tugas sendiri dengan bertanggungjawab.

Mesyuarat tersebut telah meluluskan resolusi tentang laporan kerja Jawatankuasa Tetap CPPCC dan pindaan piagam majlis, serta resolusi ehwal politik dan laporan hasil pembahasan usul yang diserahkan jawatankuasa terbabit.

Pemindaan piagam CPPCC ini merupakan kali keempat sejak 1982, memaktubkan Fikiran Xi Jinping Mengenai Sosialisme Bercirikan China Pada Era Baharu sebagai panduan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China