Cari:
Jambatan HK-Zhuhai-Makau Dibuka
2018-03-15 11:28:36 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Majlis pembukaan rasmi Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Makau diadakan di Wilayah Pentadbiran Khas Makau pada awal pagi hari ini.

Selepas majlis itu, kastam, Jabatan Polis Keselamatan Awam serta jabatan-jabatan penguatkuasaan undang-undang yang lain di Makau menempatkan kakitangan untuk mengawal keselamatan di pintu keluar masuk berkenaan.

Kerja pemasangan dan pelarasan peralatan di pos pemeriksaan sempadan pintu keluar masuk dan laluan kenderaan telah dilakukan secara teratur sebagai persiapan sebelum pembukaan jambatan itu.

Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Makau yang dibina di kawasan perairan Laut Lingding muara Sungai Mutiara bertujuan untuk memenuhi keperluan pengangkutan penumpang dan kargo melalui darat antara Hong Kong, Tanah Besar dan Makau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China