Cari:
Pindaan Perlembagaan Disokong Masyarakat Cina
2018-03-15 12:57:58 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Draf pindaan Perlembagaan Republik Rakyat China yang telah diluluskan dalam sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 yang sedang berlangsung di Beijing menjadi tumpuan perantau China dan masyarakat Cina di seberang laut.

Mereka bersependapat, pemindaan perlembagaan selaras dengan hala tuju perkembangan sejarah, sesuai dengan keperluan sezaman.

Zhao Hongbing, Setiausaha Agung Dewan Perniagaan China Angola berkata, pemindaan perlembagaan membawa masa depan yang lebih cerah buat negara. Komuniti perantau dan masyarakat Cina di seberang laut bahu-membahu bersama rakyat China menyokong sepenuhnya pemindaan tersebut.

Liao Zhongqiang, Naib Presiden Persekutuan Orang Cina Amerika Syarikat (A.S.) berkata, pemaktuban Fikiran Xi Jinping Mengenai Sosialisme Bercirikan China Pada Era Baharu dalam perlembagaan negara bukan sahaja mengekalkan ketekalan dan kewibawaan perlembagaan, malah juga memastikan panduan dan pedoman negara sentiasa berkembang mengikut arus sezaman.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China