Cari:
Gugurnya Sebutir Bintang
2018-03-15 11:26:13 CRI Cetak

Dunia kehilangan ahli fizik terkemuka, Stephen Hawking yang meninggal dunia pagi semalam pada umur 76 tahun. Pemergian Hawking diibaratkan oleh akhbar Guardian sebagai gugurnya bintang yang paling gemilang di alam sains.

Hawking yang berasal dari Britain, digambarkan oleh anaknya sebagai seorang saintis yang cemerlang. Bakatnya yang terserlah serta rasa humor yang dimilikinya akan terus menginspirasikan keberanian dan membawa harapan kepada umat manusia di seluruh dunia.

Mendiang Hawking pernah mengatakan bahawa matlamat pengajian beliau adalah untuk merungkai misteri alam semesta. Sejak terbitan pertama pada tahun 1988, buku "A Brief History Of Time" yang dikarang Hawking telah menjadi karya agung penyelidikan saintifik dunia, dan diterjemah kepada pelbagai bahasa. Penjualannya melebihi sepuluh juta naskhah.

Teori lubang hitam Hawking juga dianggap perkembangan penting dalam pengajian teori relativiti dan ilmu mekanik kuantum Einstein.

Dalam satu sidang media semalam, jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Hawking, saintis tersohor yang memberi sumbangan tidak terperi terhadap kemajuan sains dan tamadun manusia, meskipun bergelut dengan penyakit untuk sekian lama.

Menurut Lu, Hawking amat terpesona dengan budaya China, dan pernah mengadakan tiga lawatan ke negara ini, termasuk ke Tembok Besar. Pengalamannya menjalankan interaksi dengan ahli sains dan rakyat tempatan adalah sesuatu yang menggembirakan bagi Hawking.

Hawking dan segala sumbangannya tidak akan luput dari ingatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China