Cari:
Trump Pilih Pengarah NEC Baharu
2018-03-15 14:31:19 CRI Cetak

Rumah Putih Amerika Syarikat (AS) mengesahkan semalam bahawa Presiden Donald Trump akan mencalonkan pengulas Saluran Niaga dan Berita Pengguna (CNBC), Lawrence Kudelo sebagai Pengarah Majlis Ekonomi Negara (NEC) baharu bagi menggantikan Gary Cohn yang meletakkan jawatannya tidak lama dahulu selaku penasihat ekonomi utama Trump.

Menurut laporan beberapa media negara lain, Kudelo sudah menyatakan kesediaan untuk menerima pencalonan itu.

Kudelo, 70, seorang pengulas ekonomi CNBC dan juga pengarang majalah National Review, tanpa latar belakang pendidikan ekonomi. Beliau pernah menyandang jawatan penolong Pengarah Pejabat Pentadbiran dan Bajet (OMB) kerajaan Reagan penggal pertama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China