"Penggunaan berkualiti dan kehidupan baik" adalah tema bagi aktiviti sambutan Hari Hak Pengguna Dunia (WCRD) di Beijing semalam, anjuran Persatuan Pengguna China (CCA) dan laman sesawang www.people.com.cn.
Di China, pengguna berhak memulangkan barangan yang dibeli secara atas talian tanpa syarat dalam tempoh tujuh hari, menurut fasal ke-25 Akta Perlindungan Hak Pengguna. Jaminan itu bagaimanapun tidak termasuk pengguna yang membeli dari kedai konvensional.
Dalam aktiviti semalam, CCA berkempen untuk menarik pengusaha kedai konvensional menawarkan jaminan serupa kepada pelanggan mereka.
CCA juga telah mengumumkan 10 kes tipikal melibatkan hak pengguna pada tahun 2017. Sebanyak 726,840 aduan diterima CCA pada tahun lalu, melibatkan pampasan kerugian berjumlah RMB516.39 juta (RM320 juta).