Cari:
Rusia Mahu Bina Keupayaan Kendali Stesen Angkasa
2018-03-16 14:44:39 CRI Cetak

Ketua Pengarah Perbadanan Angkasa Rusia (Roscosmos), Igor Komarov semalam memaklumkan, Rusia mahu membina keupayaan mengendalikan stesen angkasa bagi memastikan negaranya mampu meneruskan program berkenaan sekiranya kerjasama antarabangsa dihentikan selepas tahun 2025.

Untuk tujuan itu, Rusia merancang melancarkan tiga kapsul angkasa lepas menjelang tahun 2021.

Komarov memberitahu media bahawa kapsul yang bakal dilancarkan itu akan menyediakan sumber, tenaga, saluran komunikasi serta sokongan hidup untuk pengendalian stesen angkasa.

Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA) Amerika Syarikat dalam belanjawan tahun 2019 yang dikeluarkan 12 Februari lalu menyebut rancangan untuk mengkomersialkan pengendalian Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan menghentikan sokongan langsung terhadapnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China