Presiden Rusia, Vladimir Putih mengutuskan kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping atas terpilihnya sebagai Presiden China.
Putin berkata, keputusan yang dibuat Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) itu sekali lagi membuktikan kewibawaan Xi, dan juga dianggap sebagai pengiktirafan bagi sumbangan Xi dalam mendorong pembangunan sosioekonomi dan membela kepentingan negara China di arena antarabangsa. Putin menanti-nantikan pertemuan dengan Xi dan yakin bahawa Perkongsian Strategik Komprehensif Rusia-China pasti akan diperkukuh dan diperdalam dengan usaha bersama kedua-dua pihak.