Cari:
Filipina Undur dari ICC
2018-03-17 14:47:31 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Filipina telah memaklumi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi surat berhubung keputusan negaranya untuk mengundurkan diri daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) secara rasmi.

Demikian dinyatakan Kementerian Luar Filipina pada 16 Mac lalu.

Kerajaan Filipina dalam surat yang diserahkan kepada PBB itu berkata, keputusan tersebut dibuat berdasarkan pendirian negaranya untuk membantah tindakan yang mempolitikkan isu hak asasi manusia bahkan menggunakannya sebagai senjata berkenaan.

Pada Feburari lalu, ICC yang beribu pejabat di The Hague, Belanda pernah memaklumi kerajaan Filipina bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan awal berkaitan dengan sama ada operasi membanteras jenayah penyeludupan dadah yang diterajui oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mencabuli hak asasi manusia atau tidak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China