Cari:
AS, Jepun dan Korea Selatan Lanjutkan Tekanan ke atas DPRK
2018-03-17 14:54:00 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Korea Selatan memutuskan akan terus mengenakan tekanan terhadap Repulik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sehingga DPRK melaksanakan langkah-langkah konkrit untuk membebaskan negara itu daripada senjata nuklear.

Demikian sebulat suara dalam pertemuan tiga pihak antara Timbalan Setiausaha Negara AS, John Sullivan dengan Menteri Luar Jepun, Taro Kono dan Menteri Luar Korea Selatan, Kang Kyung-wha di Washington pada 16 Feburari lalu.

Pada hari yang sama, White House dalam satu kenyataan berkata, Presiden AS, Donald Trump ketika menghubungi rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Mun Jae-in menerusi telefon, menyatakan bahawa "tindakan praktikal" adalah kunci utama untuk mewujudkan Semenanjung Korea bebas daripada senjata nuklear.

Trump turut menegaskan lagi keinginan beliau untuk mengadakan pertemuan dua hala dengan pemimpin tertinggi DPRK, Kim Jong-un menjelang akhir bulan Mei depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China