Mesyuarat pleno kelima sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-13 diadakan di Beijing pagi tadi yang menyaksikan terpilihnya Xi Jinping sebagai Presiden China dan Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan Pusat (CMC) melalui pengundian.
Selain itu, Li Zhanshu dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC ke-13, sedangkan Wang Qishan dipilih sebagai Timbalan Presiden China.
Selepas mesyuarat itu berakhir, para pemimpin baharu mengangkat sumpah untuk menunjukkan taat setia terhadap Perlembagaan yang merupakan kali pertama sejak peraturan berkenaan dilaksanakan.