Cari:
China Bantah AS Tandatangani "Akta Perjalanan Taiwan"
2018-03-18 15:03:30 CRI Cetak

Kementerian Luar China membantah Amerika Syarikat (AS) menandatangani Akta Perjalanan Taiwan. Demikian dimaklumkan jurucakap Jabatan Hal Ehwal Taiwan, Dewan Negara China, An Fengshan hari ini.

Menurut An, walaupun sebahagian fasal akta itu tidak berkuatkuasa di sisi undang-undang, Akta itu tetap dilihat melanggar prinsip "Satu China" dan peraturan yang terkandung dalam "Tiga Komunike Bersama China-AS", memberi isyarat yang salah kepada kumpulan pemisah "kemerdekaan Taiwan", membawa impak yang negatif kepada hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan serta perdamaian dan kestabilan rantau Selat Taiwan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China