Pemilihan pemimpin negara baru yang diadakan dalam mesyuarat pertama Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) Ke-13 semalam menarik perhatian luas media Amerika Latin .
Stesen Televisyen Telesur Venezuela membuat liputan terhadap pemilihan tersebut. Menurut laporannya, Xi Jinping sekali lagi terpilih sebagai Presiden dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Komunis China dengan semua undi setuju dalam mesyuarat itu. Selain itu, usul pindaan perlembagaan dan pelan pembaharuan Dewan Negara juga diluluskan dalam mesyuarat tersebut. Ini dipercayai akan memperkukuh pimpinan Xi dan meningkatkan keberkesanan pentadbiran kerajaan China.
Menurut rencana Akhbar Clarin Argentina, terpilihnya Xi Jinping sebagai Presiden China akan memastikan pelbagai dasar di China dilaksanakan secara stabil dan berterusan, dan memperdalam pembaharuan secara menyeluruh.
Menurut Akhbar La Tercera Chile, terpilihnya Xi sebagai Presiden membuktikan kewibawaan dan pencapaian pentadbirannya diiktiraf rakyat.
Berdasarkan rancangan El Comercio Peru, pemimpin baru China diharap membawa rakyat China merealisasikan cita-cita negara sosialis yang moden, makmur, demokratik, bertamadun, harmoni dan indah, agar membawa manfaat kepada seluruh dunia.