China akan terus mengusahakan pencegahan dan pengawalan terhadap pencemaran.
Demikian dinyatakan oleh Menteri Perlindungan Alam Sekitar China, Li Ganjie dalam sidang akhbar di Pusat Penerangan Mesyuarat Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13, Beijing semalam.
Li berkata, usaha pencegahan dan pengawalan terhadap pencemaran di China ditetapkan menyasarkan pembaikpulihan kualiti alam sekitar ekologi, pengurangan jumlah sumber pencemaran dan pengawalan krisis alam sekitar, dengan mengambil kira tiga aspek utama, iaitu udara, air dan tanah.
Li juga menegaskan pihaknya akan meningkatkan "tiga asas", iaitu mendorong kewujudan kaedah pembangunan dan gaya hidup yang hijau, meningkatkan perlindungan dan pembaikpulihan sistem ekologi, mempercepat langkah untuk merealisasikan kemodenan sistem dan peningkatan kemampuan dalam pengendalian isu alam sekitar ekologi.