Cari:
Xi Bertelefon Dengan Merkel
2018-03-18 12:34:17 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping semalam telah bertelefon dengan Canselor Jerman, Angela Merkel seperti yang dijadualkan.

Merkel mengucapkan tahniah kepada Xi atas terpilihnya sebagai Presiden China. Beliau berkata akan terus mengembangkan hubungan Jerman-China ke arah yang lebih rapat, bersedia meningkatkan pertukaran peringkat tinggi dan dialog dengan China serta mendorong kerjasama pelbagai bidang.

Menurut Merkel, Jerman sentiasa menyokong inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang dilihat sebagai jambatan strategik bagi benua Eropah-Asia. Sementara itu, Jerman bersedia bersama China untuk menjalankan kerjasama dalam rangka G20 dan mengekalkan tata tertib pelbagai hala.

Presiden Xi Jinping pula mengucapkan tahniah kepada Merkel atas kemenangannya dalam pilihan raya yang membolehkannya menyandang jawatan Canselor Jerman untuk kali keempat.

Beliau berkata, China, Jerman perlu menjadi contoh bagi kerjasama yang berorientasikan menang-menang, bersama-sama menjalankan kerjasama saling menguntungkan dalam pelbagai bidang, mendorong kerjsama dalam rangka B&R sehingga berkembang bersama-sama.

Selain itu, China dan Jerman perlu memainkan peranan yang membina dalam mendorong kerjasama China-Eropah, berusaha melindungi globalisasi ekonomi dan amalan pelbagai hala, menyokong kebebasan perdagangan, menentang amalan perlindungan perdagangan, mengintensifkan kerjasama pelbagai hala seperti G20, melindungi tata tertib antarabangsa dan sistem pengawalan ekonomi, melindungi dan mewujudkan ekonomi global yang terbuka.

Xi berkata, China dan Jerman bukan pelawan sebaliknya rakan yang membawa peluang antara satu sama lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China