Cari:
Xi Jinping Bersumpah terhadap Perlembagaan
2018-03-18 11:52:28 CRI Cetak

Dalam pengundian yang diadakan dalam sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-13 pagi semalam, Xi Jinping dipilih sebagai Presiden China dan Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan Pusat (CMC) dan turut mengangkat sumpah untuk menunjukkan taat setia terhadap Perlembagaan dengan disaksikan hampir tiga ribu wakil rakyat. Berlangsungnya majlis Presiden angkat sumpah terhadap Perlembagaan ini merupakan kali pertama dalam sejarah NPC.

Keputusan pengundian NPC tersebut telah menarik perhatian masyarakat sejagat. Dalam mesyuarat pleno itu, keputusan mengenai jawatan Presiden diumumkan terlebih dahulu. Pada saat keputusan pengundian diumumkan melalui skrin besar tentang terpilihnya Xi Jinping sebagai Presiden China dengan semua undi setuju, para wakil rakyat segera memberikan tepukan yang berlarutan lama.

Dalam pengundian selanjutnya, Xi Jinping juga terpilih sebagai Pengerusi CMC dengan semua undi setuju.

Selain itu, Li Zhanshu terpilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC ke-13, sedangkan Wang Qishan terpilih sebagai Timbalan Presiden China.

Pelan Pembaharuan Institusi Dewan Negara juga diluluskan dalam mesyuarat itu.

Selepas pelbagai agenda mesyuarat itu berakhir, upacara mengangkat sumpah untuk menunjukkan taat sedia terhadap Perlembagaan diadakan buat kali pertama dalam NPC sejak peraturan berkenaan dilaksanakan pada tahun 2014.

Presiden Xi meletakkan tangan kirinya pada Perlembagaan manakala mengangkat tangan kanannya dalam bentuk tinju, dan terus mengangkat sumpah untuk menunjukkan taat setia terhadap Perlembagaan Republik Rakyat China, memeliharaan kewibawaan Perlembagaan, menjalankan tugas dan tanggungjawab yang terkandung dalam undang-undang, membuktikan diri kepada nusa dan bangsa, menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dan bersih, sudi menerima pemantauan rakyat dan berjuang untuk membangunkan negara sosialis yang moden, makmur, demokratik, bertamadun, harmoni dan indah.

Kesemua wakil segera berdiri dan bertepuk tangan untuk menyampaikan kepercayaan, keyakinan dan sokongan terhadap Presiden Xi Jinping.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China