Cari:
Larangan Import "Sampah Asing" Jana Peluang Baharu
2018-03-21 14:34:05 CRI Cetak


Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam laporan kerja kerajaan tahun ini menyatakan kemasukan "sampah asing" akan dilarang dengan ketat sebagai sebahagian usaha untuk membawa kemajuan lebih besar dalam pencegahan dan kawalan pencemaran.

China menguatkuasakan larangan mengimport "sampah asing" awal tahun ini, melibatkan 24 jenis sisa pepejal seperti plastik dan kertas buangan yang tidak diisih.

Larangan itu akan memberi impak besar terhadap negara-negara yang selama ini mengeskort sampah ke China, namun pada masa sama juga mengundang peluang baharu kerana negara-negara terbabit perlu memikirkan jalan keluar baharu bagi menguruskan sisa pepejal masing-masing.

China bersedia bersama-sama negara lain menghadapi cabaran ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China