Cari:
Pemimpin Asing Utus Kawat Tahniah Terpilihnya Xi Jinping
2018-03-19 11:17:20 CRI Cetak

Pemimpin beberapa negara dan pertubuhan antarabangsa mengutus kawat tahniah kepada Xi Jinping yang sekali lagi dipilih sebagai Presiden China.

Raja Kemboja, Norodom Sihamoni yakin bahawa China akan mencapai kemajuan yang lebih besar, kian makmur dan terus memainkan peranan penting dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa di bawah pimpinan Xi.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyatakan, pimpinan Xi Jinping telah memenangi kepercayaan rakyat seluruh China. Beliau yakin kerajaan dan rakyat China akan terus maju ke arah mewujudkan visi "Dua Seratus Tahun", sehingga membina China sebagai negara sosialis moden yang kaya, demokratik, bertamadun, harmoni dan indah.

Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah bertitah menyatakan, China yang di bawah pimpiman Xi, telah mencapai kemajuan yang cemerlang sebagai negara sosialis yang moden dan menyumbang besar kepada kedamaian, pembangunan dan kemakmuran dunia. Semoga China terus mencapai kemajuan yang lebih cemerlang.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyatakan, China telah mencapai kemajuan yang cemerlang sepanjang lima tahun yang lalu di bawah pimpinan Xi. China turut menunjukkan komitmen teguh untuk membaiki kesejahteraan rakyat.

Turut mengucapkan tahniah, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres yang menyatakan pihaknya bersedia meningkatkan kerjasama dengan China, demi kedamaian dan pembangunan mampan serta kesejahteraan seluruh umat manusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China