Cari:
Xi Ucap Tahniah kepada Putin
2018-03-19 13:27:48 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping hari ini mengutus kawat tahniah kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin atas kemenangan beliau dalam pilihan raya presiden negara itu semalam.

Xi berkata, dalam tahun-tahun kebelakangan ini, rakyat Rusia bersatu padu hingga melakar kecemerlangan besar dalam kemajuan sosioekonomi, sementara peranan Rusia di pentas antarabangsa juga kian penting. Rusia dipercayai akan terus berjaya dalam menjana pembangunan negara.

Kini, perkongsian strategik komprehensif China-Rusia berada pada tahap terbaik dalam sejarah. Hubungan antara kedua-dua negara menjadi teladan dalam pembentukan hubungan antarabangsa model baharu serta pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan berdasarkan prinsip saling menghormati, adil dan saksama serta menang-menang.

China komited berusaha bersama-sama dengan Rusia untuk terus melonjakkan hubungan dua hala ke tahap lebih tinggi demi pembangunan masing-masing serta keamanan serantau dan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China