Cari:
Xi Meterai Perintah Presiden
2018-03-19 13:28:40 CRI Cetak

Sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 China memutuskan melalui pengundian untuk melantik Han Zheng, Sun Chunlan, Hu Chunhua, dan Liu He bagi jawatan Naib Perdana Menteri, manakala Wei Fenghe, Wang Yong, Wang Yi, Xiao Jie, dan Zhao Kezhi ahli Dewan Negara.

Berdasarkan pencalonan oleh Perdana Menteri, Li Keqiang, pengundian diadakan untuk melantik menteri-menteri, pengerusi pelbagai suruhanjaya, gabenor Bank Rakyat China, Ketua Audit Negara dan ketua setiausaha.

Presiden China, Xi Jinping memeterai perintah Presiden nombor dua dan melantik pegawai-pegawai Dewan Negara berdasarkan keputusan sidang itu.

Para Naib Perdana Menteri dan ahli Dewan Negara tersebut masing-masing telah mengangkat sumpah untuk menaati Perlembagaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China