Sebanyak 45 persatuan mewakili sektor jualan runcit, sains dan teknologi, pertanian dan barangan pengguna Amerika Syarikat (AS) semalam menggesa kerajaan Trump mempertimbangkan semula rancangan untuk menaikkan tarif import terhadap produk China.
Menurut mereka, tindakan tersebut akan memberi impak negatif terhadap ekonomi AS, menambah beban syarikat dan pengguna serta menjejaskan eksport hasil pertanian dan perkhidmatan.
Selain itu, kenaikan tarif tersebut dijangka menyebabkan penggunaan susut, sekaligus membawa kemungkinan pasaran saham merudum dan tekanan kepada pasaran kewangan AS.
Menurut laporan Tabung Inovasi Teknologi Maklumat AS, jika tarif 25% dikenakan ke atas produk komunikasi dan teknologi China, AS dijangka menanggung kerugian ekonomi berjumlah USD332 bilion (RM1.3 trilion) dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang baru-baru ini berkata pihaknya akan mengekalkan komunikasi dengan AS berhubung hal ini, dengan harapan sebarang pergeseran perdagangan diselesaikan secara konstruktif.