Dengan adanya "tandas tanpa batas seks", kesukaran bagi kaum wanita semasa penggunaan tandas awam dapat dikurangkan sedikit sebanyak. Bagaimanapun, masalah-masalah yang kurang menyeronokkan tetap wujud seperti pengguna lelaki merokok di bilik air dan privasi pengguna wanita kurang terjamin disebabkan setiap lot dalam 'tandas tanpa batas seks' hanya terpisah dengan sekeping papan sahaja. Pendek kata, perkhidmatan tandas umum untuk pengguna wanita masih kurang memuaskan hati. Maka, Wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), Zhu Lieyu mencadangkan supaya tandas awam lelaki/wanita dibina dengan nisbah 1:3.