Kadar menerima suntikan vaksin kanser serviks kurang tinggi di kalangan wanita di China, kerana harganya mahal. Kaum wanita di desa biasanya tidak mampu membayar kos tersebut. Wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), Xu Jianxian mencadangkan supaya vaksin jenis itu disediakan secara percuma.