Cari:
EU, Britain Capai Persetujuan Tempoh Peralihan Brexit
2018-03-20 12:37:38 CRI Cetak

Kesatuan Eropah (EU) dan Britain semalam mengumumkan draf perjanjian mengenai urusan melibatkan tempoh peralihan Britain keluar daripada EU atau Brexit.

Kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan tentang kebanyakan butiran dalam draf yang dijangka diluluskan semasa Sidang Kemuncak Musim Bunga EU nanti.

Satu sidang akhbar diadakan di Brussels pada hari sama, dihadiri Ketua perunding EU, Michel Barnier dan Menteri Brexit Britain, David Davis.

Barnier berpendapat bahawa pengumuman draf itu amat bermakna. Kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat tentang kebanyakan butiran perjanjian itu, namun masih ada beberapa isu termasuk sempadan Ireland yang memerlukan perbincangan lanjut.

Menurut draf itu, tempoh peralihan Brexit adalah selama 21 bulan bermula Mac 2019 hingga Disember 2020. Dalam tempoh itu, Britain akan kekal dalam Kesatuan Kastam EU dan pasaran bersama Eropah dan diselia mengikut bidang kuasa undang-undang EU, namun tidak boleh terlibat dalam sebarang proses membuat keputusan.

Britain boleh menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) baharu dengan rakan dagang lain, namun FTA itu hanya berkuat kuasa selepas tempoh peralihan.

Pada pandangan Davis pula, EU dan Britain kini semakin hampir mencapai satu perjanjian yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China