Cari:
PM Li: China Terus Tingkatkan Keterbukaan
2018-03-20 15:09:31 CRI Cetak

Kemajuan sosioekonomi yang dicapai oleh China berkait rapat dengan dasar pintu terbuka yang dilaksanakan sejak 40 tahun lalu. Keterbukaan itu telah membawa limpahan manfaat kepada rakyat China, malah menjadi dasar asas negara.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam sidang media selepas sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 China berakhir di Beijing hari ini.

Kata beliau, China akan terus menyokong perdagangan bebas dan meningkatkan keterbukaan.

Menurutnya, China bersedia untuk terus menurunkan tarif produk import, khususnya bagi barang-barang pengguna termasuk ubat-ubatan penting seperti ubat antikanser.

Akses kepada sektor perkhidmatan melibatkan penjagaan orang tua, perubatan, pendidikan dan kewangan akan dilonggarkan, sementara tahap keterbukaan industri perkilangan akan terus ditingkatkan.

Selain itu, China akan mengambil tindakan untuk mencegah pemindahan mandatori teknologi, serta melindungi harta intelek. Sistem senarai negatif pelaburan asing juga akan diubah suai.

Li turut menyatakan bahawa kerajaan China akan berusaha menggalakkan pasaran domestik yang meliputi 1.3 bilion warga China menjadi pasaran yang adil dan saksama bagi syarikat tempatan dan asing.

Beliau mengibaratkan keterbukaan seperti perahu yang didayung dua orang. Sekiranya kedua-dua orang itu mendayung sehala, barulah perahu itu dapat bergerak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China