Cari:
Pedoman Negara China Tidak Berubah
2018-03-20 14:15:29 CRI Cetak

Sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 China berakhir hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Li Zhanshu yang berucap dalam majlis penutupan itu berkata, fikiran Xi Jinping mengenai sosialisme bercirikan China pada era baharu ialah pedoman bagi Parti Komunis China (PKC).

Pemaktuban fikiran ini dalam perlembagaan meletakkannya sebagai ideologi panduan negara yang mesti ditaati.

Kata Li, perlembagaan merupakan undang-undang asas negara, yang mempunyai kedudukan, kewibawaan dan jangkauan tertinggi dari segi undang-undang.

Tegas beliau, kedudukan pimpinan PKC yang ditetapkan oleh perlembagaan tidak akan berubah. PKC yang dipilih oleh rakyat, membimbing nusa dan bangsa melaksanakan semangat perlembagaan.

Li turut menyatakan bahawa NPC ke-13 dan jawatankuasa tetapnya harus menerima pengawasan rakyat, memainkan peranan dengan lebih berkesan, dan mentadbir negara dengan berjiwa rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China