Cari:
AIIB Meterai Kontrak Talian Paip Gas Beijing
2018-03-20 14:59:08 CRI Cetak

Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) telah meluluskan projek pertama di China dengan pemeteraian kontrak perjanjian berkenaan di Beijing semalam.

Peruntukan AIIB itu bakal digunakan untuk pembinaan jaringan paip gas asli di Beijing, untuk membolehkan bandar raya tersebut membaiki kualiti udara melalui penggunaan sumber tenaga lebih bersih.

Presiden AIIB, Jin Liqun dalam upacara penandatanganan kontrak itu berkata, masyarakat antarabangsa bersama-sama memikul tanggungjawab untuk menghadapi perubahan iklim. Pihaknya berharap projek tersebut akan menyumbang kepada usaha menangani perubahan iklim sejagat.

Pada bulan Disember tahun lepas, AIIB meluluskan pinjaman berjumlah USD250 juta (9.78 bilion) untuk projek jaringan paip gas asli Beijing yang meliputi 510 buah kampung melibatkan lebih 216 ribu keluarga.

Projek itu dijangka siap pada tahun 2021, dan akan mengurangkan penggunaan batu arang serta pelepasan bahan pencemar udara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China