Cari:
Yibin: Industri Teh Berkembang Pesat
2018-03-21 11:43:26 CRI Cetak

Sidang media bagi Persidangan Tahunan Teh Antarabangsa (Yibin) kedua diadakan di bandar Yibin, provinsi Sichuan pada 16 Mac lalu. Wartawan dari lebih 30 buah media menyertai sidang berkenaan. 

Persidangan Tahunan Teh Antarabangsa (Yibin) kedua diadakan di Yibin pada 17 hingga 19 Mac lalu.

Persidangan tahunan kali ini memfokuskan industri teh, perdagangan teh, kebudayaan dan ekonomi teh serta pelancongan yang bertemakan teh. Majlis perasmian, forum trend pembangunan industri teh antarabangsa, sesi perundingan perdagangan turut diadakan sempena persidangan kali ini.

Naib Pengerusi Dewan Perdagangan Makanan dan Produk Asli China, Yu Lu memberitahu wartawan bahawa wakil dari Britain, Perancis, Itali, Rusia, Kanada, Maghribi dan lain-lain akan bersama-sama membincangkan pembangunan industri teh pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China