Cari:
Trump, Putin Berbincang Kerjasama Dua Hala
2018-03-21 11:46:43 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah menghubungi rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin melalui telefon semalam.

Trump mengucapkan tahniah kepada Putin atas kemenangan beliau dalam pilihan raya presiden Rusia baru-baru ini. Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai usaha mengintensifkan kerjasama pragmatik kedua-dua negara serta isu Syria dan Ukraine.

Turut dibincangkan, komitmen untuk terus meningkatkan interaksi dua hala serta kemungkinan pertemuan pemimpin diadakan.

Tegas mereka, AS dan Rusia akan berusaha bersama-sama untuk mengelakkan tercetusnya perlumbaan senjata.

Ketika menyebut isu Syria dan Ukraine, kedua-dua presiden menyatakan akan mengambil tindakan yang wajar dengan seawal mungkin.

Mereka melahirkan rasa puas hati atas situasi Semenanjung Korea yang kian reda, dan menegaskan pentingnya isu berkenaan diselesaikan secara damai dan diplomatik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China